Kita Punca Diri Kita Dibenci

Marah, Tak Puas Hati Dan Salahkan Orang Lain

Marah, tak puas hati dan salahkan orang lain itu dah jadi perkara biasa yang berlaku dalam hidup kita. Hampir setiap hari kita akan dibelenggu dengan sikap tersebut. Semuanya disebabkan oleh tekanan emosi yang sukar dikawal. Tapi, adakah ia satu sikap yang baik jika berterusan dalam hidup kita?

Aku ada seorang kawan yang sikapnya keterlaluan. Selalu marah, tak puas hati dan selalu menyalahkan orang lain. Puas aku bagi nasihat tapi ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sampai ke hari ini, dia tetap dengan sikap negatifnya.

Adakalanya, ia suatu sikap yang menjengkelkan, tapi kawan punya pasal terpaksalah menghadap mukanya hari-hari walaupun aku diserikan olehnya dengan sikap-sikap tersebut.

Kadang-kadang aku ada juga terfikir. Kenapa kawan aku seorang ni terus dengan sikap negatifnya. Tak pernah sekali pun aku tengokdia tenang. Adalah waktu tenang dia tapi sekejap sahaja. Kebanyakkan masanya dengan marah dengan mukanya yang sedikit bengis. Asal tak puas hati salahkan orang lain.

Bila tengok balik latar belakangnya, dia datang dari keluarga yang bagus, anak seorang yang senang dan ada rupa. Tapi bila dikaji sedalam-dalamnya  dia mungkin sebenarnya kurang mendapat perhatian. Tak ramai yang nak berkawan dengannya kerana dia seorang yang tak pernah nak mengalah dalam apa jua hal. Dalam erti kata lain, semuanya dialah yang betul, orang lain salah.

Kalau aku tengok, sikap ni bukanlah satu perkara yang baik, bukan sahaja memberi impak pada personalitinya malah turut memberi impak pada pergaulannya, bila orang dah tak suka, mana ada orang nak berkawan lagi dengan orang macam itu.

Punca Diri Kita Dibenci

Kadang-kadang punca diri kita dibenci bukan sahaja marah, tak puas hati dan suka salahkan orang lain, tapi ada banyak lain juga yang menjadi faktor diri kita dibenci antaranya ialah sifat malas atau tidak bekerjasama dan kedekut.

Kita Punca Diri Kita Dibenci

Contohi persahabatan dari filem Magadascar.
Sumber dari google.com

Ada sesiapa pembaca di sini yang berperangai macam kawan aku? Fikir-fikirkanlah diri sendiri sebelum kita menuding jari ke arah orang lain. Bukan apa, semua yang berlaku ada sebabnya. Tinggal kita sahaja nak ambil peduli atau tak dari mana kesilapan itu datang.

Apa yang berlaku semuanya datang dari sendiri. Tak ada sebab orang nak menyalahkan atau bermusuh dengan kita kalau kita menjaga adab dan perilaku.

Untuk akhirnya, rajin-rajinkanlah cermin diri  agar kita kenal siapa diri kita sebenar, kemudian baikilah keadaan supaya semuanya berjalan dengan baik dalam apa jua segi kehidupan.